Thursday, August 1, 2013

Bagaimana berdoa seperti yang dianjurkan oleh ulama?



Sekarang kita berada di penghujung bulan Ramadhan. 10 hari terakhir ini dijanji dengan pellbagai ganjaran antaranya malam lalitul qadar. Malam yang disebut di dalam quran lebih mulia dari seribu bulan. 
 
Antara ibadat yang sangat dituntut pada malam tersebut adalah du'a. Ini bertepatan dengan  satu hadith yang diriwayatkan oleh A'isyhah ra. bahawasanya A'isyah berkata: Apakah yang perlu aku buat ketika bertepatan degan malam itu? Nabi S.A.W bersabda, "bacalah: "Ya Allah, sesungguhnya Engkau maha Pemberi pengampunan dan menyukai orang yang memohon ampun, maka ampunilah aku" (Hadith Riwayat At-Termizi).

Oleh kerana itu, kita kena memperbanyakan berdu'a khususnya pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan. Maulana Sulaiman khatani beritahu, hari ini umat hanya "membaca" d'ua dan "menyanyi" du'a.. Umat tidak berdu'a denga cara yang diajarkan oleh Nabi S.A.W. Jadi bagaimana, du'a kita akan jadi mustajab, kalau kita tak berdu'a seperti yang dianjurkan oleh Nabi S.A.W.

Jadi dalam kesempatan kali ini, insyaAllah saya akan berkongsi secara ringkas, bagaimana berdu'a seperti yang dianjurkan oleh ulama..

1) Berdu'a dengan menggunakan ismul a'zdhom (nama2 Allah yang Maha Agung)
Kita dituntut mulakan du'a dengan menyebut dan menyeru nama2 Allah. 
Firman Allah: "Serulah Allah atau serulah A-Rahman. Dengan nama apa sahaja kamu seru, Dia mempunyai Al-Asmaul husna.." (Al-Isra:110). 
 Syeikh Yaseer Qadhi menyebut hari ni kita kena gunakan nama Allah sesuai degan hajat kita. Conthnya, kalau, kita nak memohon Allah mengampunkan dosa2 kita, kita digalakkan guna nama Allah: Al-Ghaffur (yang Maha Pengampun), Ar-Rahman (Yang Maha Mengasih), Ar-Raheem (yang Maha Kasih Kepda hamaba2Nya yang mukmin).. So, kita kena gunakan Nama Allah yang betul yang bertepatan dan sesuai degan hajat kita.

2)Disusuli degan selawat ke atas Nabi S.A.W.
Dalam satu riwayat disebut: "du'a yang tidak disertakan selawat ke atas nabi tidak akan diterima Allah". Mufti Taqi Uthmani menyebut: "kenapa dituntut berselawat dalam du'a kita? beliau menyebut, bila sesorang berselawat ke atas Nabi, sudah tentu selawat ini diterima, bertepatan dgn hadith nabi: barangsiapa yang selawat ke atas aku sekali, maka Allah akan selawat ke atas mereka 10 kali. jadi peluang utk du'a kita sekali diterima Allaah itu sangat mustajab. kedua, beliau menyebut, menjadi kebiasaan Nabi S.A.W akan membalas hadiah yang diberikan oleh umatnya kepada baginda. Selawat adalah hadiah, jadi bila kita menyertakan selawat dalam du'a, kita, sebagai balasanya, Nabi akan memohon kepada Allah supaya du'a kita diterima Allah."

3)Berdu'a dengan penuh harapan
Kita kena berd'ua dalam keadaan kita penuh berharap pada Allah. meletakkan harapan dan tawajuh hanya pada Allah.. berdu'a dalam keadaan yakin, yang Allah akan pasti qabulkan hajat kita. ni bertepatan dgn hadith sohih: Nabi s.a.w bersabda: Allah berfirman: “Aku sebagaimana (bertindak) mengikut sangkaan hamba-hambaKu...” jadi, Kalau kita bersangka baik dengan Allah, pasti Allah akan qabulkan hajat kita.

4) Berdu'a degan cara mengadu, meminta atau berdialog dengan Allah
Kita kena mengadu pada Allah masalah/ hajat/keinginan kita.. cuba kita perhati bagaimana Nabi2 berdu'a dalam quran:
du'a Nabi ayyub as:
“Wahai Tuhanku,sesunguhnya aku telah di timpa penyakit dan Engkau Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang”.(Surah Al-Anbiyaa’:83)

Du'a Nabi Zakariyya as:
Dia merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya telah lemahlah tulang -tulangku, dan telah putih melepaklah uban kepalaku; dan aku – wahai Tuhanku – tidak pernah merasa hampa dengan doa permohonanku kepadaMu. Dan sesungguhnya aku merasa bimbang akan kecuaian kaum kerabatku menyempurnakan tugas-tugas ugama sepeninggalanku; dan isteriku pula adalah seorang yang mandul; oleh itu, kurniakanlah daku dari sisiMu seorang anak lelaki. Yang layak mewarisi daku, juga mewarisi keluarga Nabi Yaakub; dan jadikanlah dia – wahai Tuhanku seorang yang diredhai serta disukai”.( Surah Maryam : 4-6 )

Subhanaallah, begitu indah du'a para Nabi. Mereka mengadu keinginan, hajat mereka dengan penuh rendah diri, sambil penuh berharap pada Allah.  Hari ni, ramai kita yang hanya sekadar membaca du'a..  dan tidak memahami makna dan tidak berdu’a dalam keadaan menunjukan kita benar2 berhajat pada Allah..

Di zaman Nabi ada seorang wanita, namanya Khansa ra. Apabila suaminya telah ziharkan beliau.. beliau telah mengadu pada Allah, menyatakan masalahnya.. sehingga Allah dengar dan memberi respond kepada aduan wanita tersebut sehingga surah al-mujadalah dinamakan sempena perempuan tersebut. Allahu Akhbar. Wanita tersebut bukan Nabi pun. Hanya orang biasa seperti kita. Tapi bila beliau berdu'a degan penuh harapan dan mengadu pada Allah dan benar2 berhajat pada bantuan Allah, maka Allah mengkabulkan hajat beliau.

5) Belajar menangis
Kita kena menangis dalam berdu’a.. Menangis mennunjukkan kesungguhan kita.. harapan kita.. dan kita sangat berhajat pada perhatian dan bantuan Allah. Maulana Sulaiman Khatani beritahu, Saidina Ali berkata: Kalau kita tak boleh menangis dalam berd’ua, kita kena usahakan dan belajar utk (pura2) menangis dalam du’a..” bukanlah bermaksud berlakon tapi kita kena usaha utk belajar menangis dalam du’a kita... Allah suka mendengar rintihan hamba-hambaNYA..

Jom, insyaAllah di kesempatan Ramadhan akhir ni, kita berazam utk tingkatkan d’ua dengan cara yang diajar oleh Nabi s.a.w

Moga perkongsian yang ringkas ni bermanfaat buat semua insyaAllah.

Allahu Musta’an..

24 Ramadhan 1434H