Sekarang kita berada di penghujung bulan Ramadhan.
10 hari terakhir ini dijanji dengan pellbagai ganjaran antaranya malam lalitul
qadar. Malam yang disebut di dalam quran lebih mulia dari seribu bulan.
Antara ibadat yang sangat dituntut pada malam
tersebut adalah du'a. Ini bertepatan dengan satu hadith yang diriwayatkan
oleh A'isyhah ra. bahawasanya A'isyah berkata: Apakah yang perlu aku buat
ketika bertepatan degan malam itu? Nabi S.A.W bersabda, "bacalah: "Ya
Allah, sesungguhnya Engkau maha Pemberi pengampunan dan menyukai orang yang
memohon ampun, maka ampunilah aku" (Hadith Riwayat At-Termizi).
Oleh kerana itu, kita kena memperbanyakan berdu'a
khususnya pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan. Maulana Sulaiman khatani
beritahu, hari ini umat hanya "membaca" d'ua dan "menyanyi"
du'a.. Umat tidak berdu'a denga cara yang diajarkan oleh Nabi S.A.W. Jadi
bagaimana, du'a kita akan jadi mustajab, kalau kita tak berdu'a seperti yang
dianjurkan oleh Nabi S.A.W.
Jadi dalam kesempatan kali ini, insyaAllah saya
akan berkongsi secara ringkas, bagaimana berdu'a seperti yang dianjurkan oleh
ulama..
1) Berdu'a dengan menggunakan ismul a'zdhom (nama2 Allah
yang Maha Agung)
Kita dituntut mulakan du'a dengan menyebut dan
menyeru nama2 Allah.
Firman Allah: "Serulah Allah atau serulah
A-Rahman. Dengan nama apa sahaja kamu seru, Dia mempunyai Al-Asmaul
husna.." (Al-Isra:110).
Syeikh Yaseer Qadhi menyebut hari ni kita kena
gunakan nama Allah sesuai degan hajat kita. Conthnya, kalau, kita nak memohon
Allah mengampunkan dosa2 kita, kita digalakkan guna nama Allah: Al-Ghaffur
(yang Maha Pengampun), Ar-Rahman (Yang Maha Mengasih), Ar-Raheem (yang Maha
Kasih Kepda hamaba2Nya yang mukmin).. So, kita kena gunakan Nama Allah yang
betul yang bertepatan dan sesuai degan hajat kita.
2)Disusuli degan selawat ke atas Nabi S.A.W.
Dalam satu riwayat disebut: "du'a yang tidak
disertakan selawat ke atas nabi tidak akan diterima Allah". Mufti Taqi Uthmani
menyebut: "kenapa dituntut berselawat dalam du'a kita? beliau menyebut,
bila sesorang berselawat ke atas Nabi, sudah tentu selawat ini diterima,
bertepatan dgn hadith nabi: barangsiapa yang selawat ke atas aku sekali, maka
Allah akan selawat ke atas mereka 10 kali. jadi peluang utk du'a kita sekali
diterima Allaah itu sangat mustajab. kedua, beliau menyebut, menjadi kebiasaan
Nabi S.A.W akan membalas hadiah yang diberikan oleh umatnya kepada baginda.
Selawat adalah hadiah, jadi bila kita menyertakan selawat dalam du'a, kita,
sebagai balasanya, Nabi akan memohon kepada Allah supaya du'a kita diterima
Allah."
3)Berdu'a dengan penuh harapan
Kita kena berd'ua dalam keadaan kita penuh berharap
pada Allah. meletakkan harapan dan tawajuh hanya pada Allah.. berdu'a dalam
keadaan yakin, yang Allah akan pasti qabulkan hajat kita. ni bertepatan dgn
hadith sohih: Nabi s.a.w bersabda: Allah berfirman: “Aku sebagaimana
(bertindak) mengikut sangkaan hamba-hambaKu...” jadi, Kalau kita bersangka baik
dengan Allah, pasti Allah akan qabulkan hajat kita.
4) Berdu'a degan cara mengadu, meminta atau
berdialog dengan Allah
Kita kena mengadu pada Allah masalah/ hajat/keinginan
kita.. cuba kita perhati bagaimana Nabi2 berdu'a dalam quran:
du'a Nabi ayyub as:
“Wahai Tuhanku,sesunguhnya aku telah di timpa
penyakit dan Engkau Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang”.(Surah
Al-Anbiyaa’:83)
Du'a Nabi Zakariyya as:
Dia
merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya telah lemahlah tulang
-tulangku, dan telah putih melepaklah uban kepalaku; dan aku – wahai Tuhanku –
tidak pernah merasa hampa dengan doa permohonanku kepadaMu. Dan
sesungguhnya aku merasa bimbang akan kecuaian kaum kerabatku menyempurnakan
tugas-tugas ugama sepeninggalanku; dan isteriku pula adalah seorang yang
mandul; oleh itu, kurniakanlah daku dari sisiMu seorang anak lelaki. Yang
layak mewarisi daku, juga mewarisi keluarga Nabi Yaakub; dan jadikanlah dia –
wahai Tuhanku seorang yang diredhai serta disukai”.( Surah Maryam : 4-6 )
Subhanaallah,
begitu indah du'a para Nabi. Mereka mengadu keinginan, hajat mereka dengan
penuh rendah diri, sambil penuh berharap pada Allah. Hari ni, ramai kita
yang hanya sekadar membaca du'a.. dan tidak memahami makna dan tidak berdu’a
dalam keadaan menunjukan kita benar2 berhajat pada Allah..
Di zaman
Nabi ada seorang wanita, namanya Khansa ra. Apabila suaminya telah ziharkan
beliau.. beliau telah mengadu pada Allah, menyatakan masalahnya.. sehingga
Allah dengar dan memberi respond kepada aduan wanita tersebut sehingga surah
al-mujadalah dinamakan sempena perempuan tersebut. Allahu Akhbar. Wanita tersebut
bukan Nabi pun. Hanya orang biasa seperti kita. Tapi bila beliau berdu'a degan
penuh harapan dan mengadu pada Allah dan benar2 berhajat pada bantuan Allah,
maka Allah mengkabulkan hajat beliau.
5) Belajar
menangis
Kita kena
menangis dalam berdu’a.. Menangis mennunjukkan kesungguhan kita.. harapan
kita.. dan kita sangat berhajat pada perhatian dan bantuan Allah. Maulana
Sulaiman Khatani beritahu, Saidina Ali berkata: Kalau kita tak boleh menangis
dalam berd’ua, kita kena usahakan dan belajar utk (pura2) menangis dalam du’a..”
bukanlah bermaksud berlakon tapi kita kena usaha utk belajar menangis dalam du’a
kita... Allah suka mendengar rintihan hamba-hambaNYA..
Jom,
insyaAllah di kesempatan Ramadhan akhir ni, kita berazam utk tingkatkan d’ua
dengan cara yang diajar oleh Nabi s.a.w
Moga
perkongsian yang ringkas ni bermanfaat buat semua insyaAllah.
Allahu
Musta’an..
24
Ramadhan 1434H