Saturday, July 27, 2013

Ramdhan kali ini... Ramadhan yang penuh bermakna buat diri ni..



Bicara seorang sahabat..

"Ramadhan kali merupakan ramadhan tahun kedua kehidupan aku sebagai "kembali bujang"..
Jika pada tahun pertama.. agar sukar bagi ku untuk menerima fasa kehidupan baru ni.. Terlalu banyak memori yang menganggu tumpuan aku untuk beribadah..

Namun.. Alhamdulillah.. Allah masih sayang padaku.. Allah memberi aku peluang untuk menemui kembali ramadhan buat kali kedua dalam fasa kehidupan yang baru..

Kesempatan kali ini aku sambut dengan penuh rasa syukur pada Robku.. yang amat mengetahui segala sesuatu dan yang maha luas rahmatNYA terhadap hamba-hambaNYA khususnya kepada hambaNYA yang sentiasa mengharapkan rahmatNYA dan pertemuan denganNYA..

 Kehidupan kembali bujang.. kembali single.. kembali seorang diri.. mengingatkan diriku pada kata2 Mufti Ismail Menk:

"Whenever you are alone, remind yourself that Allah has sent everybody away so that it's only you and HIM"

Subahnallah.. MaashaALLAH.. setiap sesuatu ada hikmahnya yang tersembunyi.. yang tidak kita ketahui rahsianya.. melainkan setelah benar2 kita menilai kembali dengan cahaya iman dan taqwa dalam hati..

Bila seorang diri.. dalam keadaan diri ini melalui pelbagai syillabus tarbiyaah dari Ilaihi...terasa begitu dekat dengan Allah..
 ''Apabila hambaKu bertanya tentang Aku katakan (wahai Muhammad) bahwa Aku dekat.."(surah al-baqarah:186

Dulu bila baca ayat tersebut... tidak begitu rasa kesannya pada hati ini.. Namun kali ni... setelah melalui pelbagai pengalaman yang sukar...sehingga terasa begitu berhajat pada Tuhan... begitu berharap pada Tuhan... dgn rahmatNYA kali ini terasa keakraban denganNYA.. 

Ramadhan kali ni.. benar2 bermakna buat diri ini...

Taddarus, du'a, qiyam.. semuanya berbeza...
Walaupun amalan2 yang sama.. Tapi.. penghayatan dan kesannya kali ini berbeza...

 benarlah kata2 ulama...

 " bila diri kita terasa begitu berhajat dengan rahmat dan pertolongan Tuhan..dan terasa diri begitu kerdil di hadapan Allah yang Maha Agung,  maka ketika itu akan mula timbul sifat hamba..."

Rasa seronok dan tenang ketika berdoa, mengadu pada Allah... 

Rasa teruja bila menemui banyak jawapan ketika baca quran.. terasa quran sedang berbicara dengan kita..

Bila qiyam... terasa berdiri sebagai seorang hamba yang begitu berhajat pada rahmat dan pertolongan Allah..

Demi Allah.. semua nikmat2 ni hanya ku temui dalam universiti ramadhan kali ini.. setelah Allah memlih diri ini untuk memasuki dan melalui pre-universiti dgn syallabus tarbiyah dan dugaan dari Allah...yang penuh dengan hikmah...

Benarlah kata2 nabi yusuf dan nabi yaakub as yang allah rakamkan dalam quran, setiap kali diuji oleh Allah dengan ujian yang berbeza2, pasti mereka akan mengatakan :" Inna Rabbaka 'Aleemun Hakeem – No doubt your Master is All-Knowing, the Wise.." 

sebagai Al-Alim...Allah maha mengetahui akan hikmah sebenar setiap peristiwa dan kejadian dan Allah juga bersifat Al-Hakim, Maha bijaksana dan maha  hebatNYA Allah yang mengatur setiap kejadian dengan sempurna... ""

Kalau kita membaca surah yusuf, kita akan temui Sifat Allah sebagai "Al-Alim dan Al-Hakim"  disebut banyak kali... setiap kali ditimpa ujian, Nabi Yaakub dan Nabi Yusuf akan sebut sifat Allah ini..

Marilah kita sama2 manfaatkan ramadhan kali ini degan penuh penghayatan dan ihtisab(yakin degan janji2 Allah) dan mengharapkan pengampunan...

Mana tahu.. mungkin Ramadhan kali ini.. Ramadhan yang terakhir buat kita..!!