Saturday, April 6, 2013

Siapa orang-orang yang berzikir kepada Allah?



Nabi S.A.W:
 
"Barangsiapa yang taat kepada Allah, bererti ia berzikir kepada Allah, sekalipun ia kurang solat( sunat), berpuasa(sunat) dan membanca al-quran dan barangsiapa yang melakukan kemaksiatan kepada Allah, bererti ia telah lupa kepada Allah walaupun ia banyak menunaikan solat, berpuasa dan membaca al-quran"(hadith riwayat at-thaalibi dan al-wahidi)



Setiap orang yang meninggalkan perkara haram kerana takut kepada Allah atau melakukan sesuatu amalan yang boleh medatangkan pahala dari Allah, adalah dikira berzikir kepada Allah walaupun ia tidak melafazkan sebarang tasbid, tahmid dll. bahkan ini adalah seafdal-afdal zikir.


Menurut Yusuf Al-Asbat:

"Bukan dikatan berzikir itu orang yang mengucapkan tasbih atau tahmid, tetapi orang yang berzikir itu ialah orang yang apabila diangkatkan kepadanya timbangan, ia mengetahui Allah sedang melihatnya, lantas ia mengambil sesuatu dengan cara yang sebenar dan memberi sesuatu juga dengan cara yang sebenar"

Yang dimaksudkan oleh Yusuf bin Al-asbat di sini ialah seseorang yang menimbang barangan dengan jujur adalah termasuk ke dalam orang kategori orang-orang yang berzikir.



Menurut Ibnu Qayyim konsep zikir Ar-Ri'ayah ialah seseorang merasakan dirinya sentiasa berada dibawah perhatian Allah di mana sahaja ia berada.

(petikan dari buku: Salah Faham Terhadap Konsep Ibadah, Ilmu dan Zikir oleh Dr Basri Ibrahim al-azhari)

No comments:

Post a Comment