"Sesiapa yang menjadikan akhirat itu tujuan utamanya, maka Allah akan kayakan jiwanya dan mudahkan segala urusannya..'HR Termizi"
Saturday, July 27, 2013
Ramdhan kali ini... Ramadhan yang penuh bermakna buat diri ni..
Bicara seorang sahabat..
"Ramadhan kali merupakan ramadhan tahun kedua kehidupan aku sebagai "kembali bujang"..
Jika pada tahun pertama.. agar sukar bagi ku untuk menerima fasa kehidupan baru ni.. Terlalu banyak memori yang menganggu tumpuan aku untuk beribadah..
Namun.. Alhamdulillah.. Allah masih sayang padaku.. Allah memberi aku peluang untuk menemui kembali ramadhan buat kali kedua dalam fasa kehidupan yang baru..
Kesempatan kali ini aku sambut dengan penuh rasa syukur pada Robku.. yang amat mengetahui segala sesuatu dan yang maha luas rahmatNYA terhadap hamba-hambaNYA khususnya kepada hambaNYA yang sentiasa mengharapkan rahmatNYA dan pertemuan denganNYA..
Kehidupan kembali bujang.. kembali single.. kembali seorang diri.. mengingatkan diriku pada kata2 Mufti Ismail Menk:
"Whenever you are alone, remind yourself that Allah has sent everybody away so that it's only you and HIM"
Subahnallah.. MaashaALLAH.. setiap sesuatu ada hikmahnya yang tersembunyi.. yang tidak kita ketahui rahsianya.. melainkan setelah benar2 kita menilai kembali dengan cahaya iman dan taqwa dalam hati..
Bila seorang diri.. dalam keadaan diri ini melalui pelbagai syillabus tarbiyaah dari Ilaihi...terasa begitu dekat dengan Allah..
''Apabila hambaKu bertanya tentang Aku katakan (wahai Muhammad) bahwa Aku dekat.."(surah al-baqarah:186
Dulu bila baca ayat tersebut... tidak begitu rasa kesannya pada hati ini.. Namun kali ni... setelah melalui pelbagai pengalaman yang sukar...sehingga terasa begitu berhajat pada Tuhan... begitu berharap pada Tuhan... dgn rahmatNYA kali ini terasa keakraban denganNYA..
Ramadhan kali ni.. benar2 bermakna buat diri ini...
Taddarus, du'a, qiyam.. semuanya berbeza...
Walaupun amalan2 yang sama.. Tapi.. penghayatan dan kesannya kali ini berbeza...
benarlah kata2 ulama...
" bila diri kita terasa begitu berhajat dengan rahmat dan pertolongan Tuhan..dan terasa diri begitu kerdil di hadapan Allah yang Maha Agung, maka ketika itu akan mula timbul sifat hamba..."
Rasa seronok dan tenang ketika berdoa, mengadu pada Allah...
Rasa teruja bila menemui banyak jawapan ketika baca quran.. terasa quran sedang berbicara dengan kita..
Bila qiyam... terasa berdiri sebagai seorang hamba yang begitu berhajat pada rahmat dan pertolongan Allah..
Demi Allah.. semua nikmat2 ni hanya ku temui dalam universiti ramadhan kali ini.. setelah Allah memlih diri ini untuk memasuki dan melalui pre-universiti dgn syallabus tarbiyah dan dugaan dari Allah...yang penuh dengan hikmah...
Benarlah kata2 nabi yusuf dan nabi yaakub as yang allah rakamkan dalam quran, setiap kali diuji oleh Allah dengan ujian yang berbeza2, pasti mereka akan mengatakan :" Inna Rabbaka 'Aleemun Hakeem – No doubt your Master is All-Knowing, the Wise.."
sebagai Al-Alim...Allah maha mengetahui akan hikmah sebenar setiap peristiwa dan kejadian dan Allah juga bersifat Al-Hakim, Maha bijaksana dan maha hebatNYA Allah yang mengatur setiap kejadian dengan sempurna... ""
Kalau kita membaca surah yusuf, kita akan temui Sifat Allah sebagai "Al-Alim dan Al-Hakim" disebut banyak kali... setiap kali ditimpa ujian, Nabi Yaakub dan Nabi Yusuf akan sebut sifat Allah ini..
Marilah kita sama2 manfaatkan ramadhan kali ini degan penuh penghayatan dan ihtisab(yakin degan janji2 Allah) dan mengharapkan pengampunan...
Mana tahu.. mungkin Ramadhan kali ini.. Ramadhan yang terakhir buat kita..!!
Sunday, June 16, 2013
Rindu pada anak...
Ada seorang sahabat..telah ditimpa ujian dari Allah..
orang2 berniyyat jahat telah pisahkan beliau dari anaknya..
Beliau sangat rindu pada anaknya..
Risau akan keselamatan anaknya..
Bagaimana keadaan anaknya..?
Ketika perasaan yang terlalu sedih.. beliau membaca al-quran.. tiba2 ketika beliau membaca ayat yang berikut:
Mengalir air matanya ketika membaca ayat tersebut.. ayat tersebut seolah2 berbicara dengan beliau.. Ayat tersebut mengisahkan peristiwa yang Nabi Yaakub as sangat rindu dan risau pada anaknya Yusuf as.. Nabi Yaakub mengadu hanya pada Allah..
Baginda mengadu risaunya pada Yusuf as.. yang telah dipisahkan oleh orang2 yang berniyyat jahat terhadap Yusuf as.
Subhanallah.. benarla Al-quran benar2 pengubat dan penawar bagi masalah kita..
Hanya pada Allah...orang2 mukmin mengadu dan berharap..
Allaahu musta'an...
Wednesday, May 8, 2013
Why should a beloved servant of Allah be burdened with trials and worries?
By Mufti Taqi Uthmani:
The Holy Prophet is reported to have said in a Hadith:
"When Allah loves some servant He showers on him torrents of calamities and trials"
When the Angels inquire from Allah the cause of this strange treatment of His favourite servants, Allah
replies to them, saying: Let him remain in this condition, weeping and seeking for help, as I like this begging and suplications from him. This Hadith is weak in its authority but there are many Ahadith to the same effect.
According to another Hadith, Allah asks His Angels to go to His servant and entangle him in some trial
because He is pleased with his weeping and crying for mercy and help. The secret of this strange treatment of Allah with His beloved servant lies in the fact that Allah desires to convert the troubles and trials of His servant into everlasting peace and comfort and elevate his status in the Hereafter by purging him of the filth of his sins committed in the worldly life.
Tuesday, April 23, 2013
Takutilah doa orang-orang yang dizalimi
Baru-baru ni ada seorang hamba Allah telah dizalimi dan difitnah oleh bekas isteri dan bekas mak mertua di mahkamah syariah semata-mata untuk menghalang hamba tersebut daripada jumpa dengan anaknya dalam keadaan selamat...
Orang-orang zalim langsung tidak gentar dengan hukuman dari Allah.. Langsung tidak peduli dengan ancaman Allah dan Rasul... Mereka sanggup berbohong, mengherdik dan memfitnah demi memenuhi impian mereka yang terang-terang bertentangan dengan hukum Allah!!
Wahai orang-orang zalim... insaflah.. hentikanlah kezaliman kamu..!!
Ingatlah!!
Allah swt telah berfirman:
لا يحب الله الجهر بالسوء من القول إلا من ظلم وكان الله سميعا عليما
" Allah tidak suka seseorang mengatakan sesuatu yang buruk kepada seseorang dengan terang-terangan melainkan orang yang dizalimi maka dia boleh menceritakan kezaliman tersebut ; dan Allah itu maha mendengar dan maha mengetahui." ( 148 : an-Nisa)
Ibnu Abbas r.a telah mentafsirkan ayat ini: "ALLAH TIDAK SUKA SESEORANG MENDOAKAN KEBURUKAN KEPADA SESORANG YANG LAIN KECUALI ORANG YANG DIZALIMI. SESUNGGUHNYA ALLAH TELAH MEMBERIKAN KEBENARAN KEPADANYA UNTUK MENDOAKAN KEBURUKAN KEPADA ORANG YANG DIZALIMI. JIKA DIA BERSABAR MAKA ITU LEBIH BAIK BAGINYA." Qatadah berkata: ALLAH MEMBERIKAN KELONGGARAN KEPADA ORANG YANG DIZALIMI UNTUK MENDOAKAN KEBURUKAN. INI SEPERTI MANA YANG KAMU DENGAR. PANDANGAN RASULULLAH
Banyak hadis2 Rasulullah berkenaan dengan doa kepada orang yang dizalimi. Ini adalah diantara doa yang mustajab doanya. Diantara hadis-hadis tersebut adalah:- 1. Hadis dari Anas r.a , Rasulullah saw bersabda:
اتق دعوة المظلوم وإن كان كافرا فإنه ليس دونها حجاب
" Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang yang dizalimi sekalipun dia adalah orang kafir. Maka sesungguhnya tidak ada penghalang diantaranya untuk diterima oleh Allah." Hadis riwayat Ahmad - sanad hasan
2. Hadis dari Ibnu Umar r.a, Rasulullah saw bersabda:
اتق دعوة المظلوم فإنها تصعد إلى السماء كأنها شرارة
"Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang dizalimi. Sesungguhnya doa itu akan naik ke langit amat pantas seumpama api marak ke udara."
Hadis riwayat Hakim - sanad sahih
3. Hadis dari Khuzaimah bin Thabit r.a, Rasulullah saw bersabda:
اتقوا دعوة المظلوم فإنها تحمل على الغمام يقول الله عز وجل : وعزتي وجلالي لأنصرنك ولو بعد حين
" Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang yang dizalimi. Allah swt berkata : Demi kemulian dan keagunganku, aku pasti akan menolongmu walaupun setelah masa yang lama."
Hadis riwayat Tobrani - sanad hasan
4. Hadis dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda:
ثلاث دعوات مستجابات : دعوة الصائم ودعوة المظلوم ودعوة المسافر
" Tiga doa yang diperkenankan: Doa orang puasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang yang musafir." Hadis riwayat Baihaqi - sahih
5. Hadis dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda:
دعوة المظلوم مستجابة وإن كان فاجرا ففجوره على نفسه
" Doa orang yang dizalimi adalah diterima sekalipun doa dari orang yang jahat. Kejahatannya itu memudaratkan dirinya dan tidak memberi kesan pada doa tadi." Hadis hasan riwayat at-Tayalasi
Imam Nawawi telah meletakkan satu tajuk dalam kitabnya al-Azkar:
"BAB: HARUS BAGI SEORANG MANUSIA UNTUK MENDOAKAN KEBURUKAN KEPADA ORANG YANG MENZALIMI ORANG-ORANG ISLAM ATAU MENZALIMI DIRINYA SENDIRI."
Syeikh Ibnu Allan as-Siddiqi (pengarang syarah bagi kitab Azkar) berkata di bawah tajuk ini:
" Maksud harus yang disebut imam Nawawi adalah merangkumi sunat. Maksudnya ia tidak haram dan tidak makruh. Sekiranya doa kecelakaan kepada orang yang menzalimi manusia lain supaya terhindar dari kezalimannya maka hukumnya sunat. Sekiranya doa kecelakaan kepada orang yang menzalimi dirinya sendiri atau yang menyakitinya , sesungguhnya ini diharuskan untuk berdoa sebegini. Seeloknya dia maafkan dan melupakannya."
Dalil pengharusan.
Ini jelas melalui ayat al-Quran 148 surah an-Nisa mengikut tafsiran Ibnu Abbas seperti yg telah dinyatakan sebelum ini. Adapun hadis Rasulullah saw adalah hadis berikut:
أنه صلى الله عليه وسلم دعا على الذين قتلوا القراء رضي الله عنهم وأدام الدعاء عليهم شهرا يقول: اللهم العن رعلا وذكوان وعصية
" Sesungguhnya Nabi saw mendoakan kecelakaan kepada orang-orang yang membunuh penghafaz-penghafaz al-Quran ra dan sentiasa mendoakan kecelakaan kepada mereka selama sebulan. Baginda berdoa : Ya Allah laknatilah Ri'l, zakwan dan 'usayyah (nama2 kabilah)."
Hadis sahih Bukhari dan Muslim
Dizaman pemerintahan Umar ra , beliau telah melantik Saad bin Abi Waqas ra sebagai gabenor Kufah. Ada seorang lelaki yang bernama Usamah bin Qatadah atau Abu Sa'dah telah menuduh Sa'ad dengan kata2nya:
أما إن نشدتنا فإن سعدا لا يسير بالسرية ولا يقسم بالسوية ولا يعدل في القضية
" Sekiranya kamu bertanya kami tentang sa'ad, sesungguhnya dia tidak menyertai peperangan, tidak menyamaratakan pemberian dan tidak berlaku adil dalam hukuman."
Lalu Sa'ad berdoa:
اللهم إن كان عبدك هذا كاذبا قام رياء وسمعة فأطل عمره وأطل فقره وعرضه للفتن
" Ya Allah sekiranya hamba mu ini pembohong dan melakukannya semata kerana riya' dan sum'ah maka hendaklah engkau panjangkan umurnya, kekalkan kefakirannya dan dedahkan dia kepada fitnah."
Kemudian setelah tua, lelaki yg menuduh saad ra berkata " Aku telah terkena bencana akibat doa Sa'ad." "Abdul Malik bin Umair ra perawi hadis ini berkata: Aku melihat lelaki tadi (qatadah) selepas dia tua, dua bulu keningnya telah gugur kerana terlampau tua , dia telah menganggu perempuan-perempuan muda dengan meraba dan meramas mereka.
" Hadis sahih Bukhari dan Muslim.
Seorang wanita bernama Arwa binti Aus telah mengadu kepada khalifah Marwan bin Hakam tentang Sa'id bin Zaid ra. Dia mendakwa Sa'ad ra telah mengambil sebahgian dari tanahnya. Lalu Sa'ad berkata : Adakah aku tergamak mengambil sebahgian dari tanahnya sedangkan aku telah mendengar sesuatu dari Rasulullah saw?" Marwan bertanya " Apa yang engkau dengar dari Rasulullah saw ?" Aku mendengar Rasulullah saw bersabda:
من أخذ شبرا من الأرض ظلما طوقه إلى سبع أرضين
" Sesiapa yang mengambil sejengkal tanah secara zalim, Allah swt akan mengalungi tanah tersebut sehingga tujuh petala bumi."
Lalu Marwaى berkata "Aku tidak akan memintamu mendatangkan saksi selepas ini." Sa'id pun berkata:
اللهم إن كانت كاذبة فأعم بصرها واقتلها في أرضها
"Ya Allah sekiranya wanita tadi berbohong maka hendaklah engkau butakan matanya dan bunuhlah dia di tanahnya. "
Wanita tadi tidak mati sehinggalah dia buta dan ketika mana dia berjalan di atas muka tanah milikinya, tiba-tiba dia jatuh di dalam lubang, lalu mati."
Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim.
Maka oleh kerana itu... Wahai orang2 yang zallim...Takutlah kamu kepada azab Allah dan ancaman yang keras dari Allah dan Rasul...azab yang pedih menanti kamu di dunia lagi...
Hentikanlah kezaliman kamu!!!
Sunday, April 7, 2013
Jangan mengeluh pada manusia...
Orang yang melihat masalah sebagai ujian Allah..
Tidak mudah mengeluh pada manusia...
Hanya mengadu pada Allah..
Menerima kenyataan dengan hati yang redha...
Cuba sehabis boleh untuk senyum...
Walau hatinya menangis...
Untuk mengelak simpati manusia..
Agar hatinya tetap mengharap pada Allah..
Zhat yang akan mengadakan jalan keluar bagi masalahnya...
Saturday, April 6, 2013
Siapa orang-orang yang berzikir kepada Allah?
Nabi S.A.W:
"Barangsiapa yang taat kepada Allah, bererti ia berzikir kepada Allah, sekalipun ia kurang solat( sunat), berpuasa(sunat) dan membanca al-quran dan barangsiapa yang melakukan kemaksiatan kepada Allah, bererti ia telah lupa kepada Allah walaupun ia banyak menunaikan solat, berpuasa dan membaca al-quran"(hadith riwayat at-thaalibi dan al-wahidi)
Setiap orang yang meninggalkan perkara haram kerana takut kepada Allah atau melakukan sesuatu amalan yang boleh medatangkan pahala dari Allah, adalah dikira berzikir kepada Allah walaupun ia tidak melafazkan sebarang tasbid, tahmid dll. bahkan ini adalah seafdal-afdal zikir.
Menurut Yusuf Al-Asbat:
"Bukan dikatan berzikir itu orang yang mengucapkan tasbih atau tahmid, tetapi orang yang berzikir itu ialah orang yang apabila diangkatkan kepadanya timbangan, ia mengetahui Allah sedang melihatnya, lantas ia mengambil sesuatu dengan cara yang sebenar dan memberi sesuatu juga dengan cara yang sebenar"
Yang dimaksudkan oleh Yusuf bin Al-asbat di sini ialah seseorang yang menimbang barangan dengan jujur adalah termasuk ke dalam orang kategori orang-orang yang berzikir.
Menurut Ibnu Qayyim konsep zikir Ar-Ri'ayah ialah seseorang merasakan dirinya sentiasa berada dibawah perhatian Allah di mana sahaja ia berada.
(petikan dari buku: Salah Faham Terhadap Konsep Ibadah, Ilmu dan Zikir oleh Dr Basri Ibrahim al-azhari)
Wednesday, April 3, 2013
A wonderful explanation
from Imam Suhaib Webb:
“The darkness of night is sprinkled with (bright) stars, until it is it is covered by the sun”
Explanation The author uses a beautiful analogy, addressing an important Godly norms that operates in the universe: hardships are removed slowly, at a natural pace, just like the sun gradually pierces through the dark fortification of night. Scholars of the heart refer to this in Arabic as التدرج في كشف المحنة (En. al-Tadarruj fi Kashf al-Mihna). The darker the night gets, the brighter the stars become. And on some nights the moon shines in all her glory.
Trials may seem unbearable, but as they get harder, if one squints spiritually, he may see the light at the end of the tunnel! Allah says, “And it is He who has made the night and the day in succession for whoever desires to remember or desires gratitude.” 25:62
This does not mean that change cannot occur quickly, but everything happens with God’s wisdom and decree. A believer understands this well and acts accordingly. Every event and occurrence presents an opportunity to experience God’s wisdom - increase a person’s servitude.
On some days, his blessings may shine like the full moon and on others, they may twinkle. Either way, they are there. No amount of darkness can hide them!
“The darkness of night is sprinkled with (bright) stars, until it is it is covered by the sun”
Explanation The author uses a beautiful analogy, addressing an important Godly norms that operates in the universe: hardships are removed slowly, at a natural pace, just like the sun gradually pierces through the dark fortification of night. Scholars of the heart refer to this in Arabic as التدرج في كشف المحنة (En. al-Tadarruj fi Kashf al-Mihna). The darker the night gets, the brighter the stars become. And on some nights the moon shines in all her glory.
Trials may seem unbearable, but as they get harder, if one squints spiritually, he may see the light at the end of the tunnel! Allah says, “And it is He who has made the night and the day in succession for whoever desires to remember or desires gratitude.” 25:62
This does not mean that change cannot occur quickly, but everything happens with God’s wisdom and decree. A believer understands this well and acts accordingly. Every event and occurrence presents an opportunity to experience God’s wisdom - increase a person’s servitude.
On some days, his blessings may shine like the full moon and on others, they may twinkle. Either way, they are there. No amount of darkness can hide them!
Subscribe to:
Posts (Atom)





