Thursday, November 17, 2011

Pengajaran daripada kanak-kanak


Setiap hari, kita melalui dan meyaksikan pelbagai insiden atau peristiwa dalam hidup kita. Setiap perkara yang berlaku di sekeliling kita, boleh kita jadikan iktibar dan juga sebagai reflect kepada hubungan kita dengan Allah.


Mufti Taqi Usmani menulis satu cerita berkenaan dengan perkara ini, yang mana pada suatu hari beliau melihat seorang kanak-kanak dirotan oleh ibunya. Setiap kali, ibunya merotan budak tersebut, budak tu akan memahut dan memegang kaki ibunya, tidak mahu dilepaskannya. Setiap kali terjatuh, budak tersebut akan bangun kembali dan berlari semula mendakap ibunya. Kenapa budak tersebut berkelakuan sedemikian? Budak tersebut sedar, yang perlindungan dan pemeliharaan daripada dipukul semula oleh ibunya terletak hanya pada ibunya sahaja!! Lihat! Kanak-kanak pun tahu hakikat ini.

Nabi S. A.W pun berkehendak agar umatnya pun mempunyai pemahaman dan perasaan yang sama. Musibah /Ujian datang dari Allah (pada hakikatnya), dan kita hanya boleh mendapatkan perlindungan dan pemeliharaan daripada segala muisbah hanya dari Allah jua. Tidak ada yang boleh melindungi dan memelihara kita melainkan Allah!!

Doa bila ditimpa musibah:

154- إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ، اَللَّهُمَّ أُجُرْنِيْ فِيْ مُصِيْبَتِيْ وَأَخْلِفْ لِيْ خَيْرًا مِنْهَا.

“Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami akan kembali (di hari Kiamat). Ya Allah! Berilah pahala kepadaku dan gantilah untukku dengan yang lebih baik (dari musibahku).” [Hadith Riwayat Muslim]

Wednesday, November 9, 2011

AMALAN MEMURAHKAN REZEKI




Setiap orang yang mempunyai perasaan akan rasa kasihan kepada orang-orang miskin. Apatah lagi setelah melihat keadaan tempat tinggal mereka yang kadang-kadang lebih buruk daripada reban ayam, dan mengetahui keadaan hidup mereka yang tidak punya makanan yang cukup dan anak-anak mereka yang tidak dapat meneruskan persekolahan kerana kemiskinan.

Di sini bukan tempat untuk membuat rayuan kepada orang orang kaya supaya memberikan zakat yang mencukupi untuk keperluan mereka seperti yang telah saya jelaskan dalam atikel mengenai zakat sebelum ini. Sebaliknya ruangan ini ingin berkongsi ilmu dan maklumat mengenai amalan-amalan yang boleh dijadikan sebagai sebab untuk memurahkan rezeki khususnya kepada orang-orang miskin supaya dapat berusaha keluar daripada penjara kefakiran.

Allah telah menurunkan agama yang lengkap sebagai penyelamat manusia dan membawa kebahagiaan kepada mereka di dunia dan ahkirat. Di dalam Al Quran dan Hadis terdapat banyak nas-nas yang menyatakan bahawa amal ibadat adalah penyelamat manusia daripada segala kesusahan termasuk kemiskinan. Maka cara yang terbaik bagi para penyumbang bantuan kepada fakir miskin ialah memberi wang beserta dengan mengajar amalan berkenaan.



TAQWA DAN TAWAKKAL


Antara amalan yang boleh menambah rezeki ialah taqwa. Ini dinyatakan oleh Allah taala dalam surah at Talaq, ayat 2-3: ertinya:

“Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan menjadikan untuknya jalan keluar (dari kesusahan), dan memberikan rezeki kepadanya dari tempat yang ia tidak sangka, dan sesiapa yang bertawakkal kepada Allah maka Ia mencukupi untuknya, sesungguhnya Allah akan melaksanakan segala kehendaknya..”

Maksud ‘jalan keluar’:

Kata Ibnu Abbas “jalan keluar” bermaksud: Allah akan menyelamatkannya dari kesusahan di dunia dan akhirat.
Kata Rabi’: keluar dari segala kesempitan yang menimpa manusia,
Kata Qatadah: dari segala perkara yang meragukan dan kesusahan ketika kematian dan ketakutan hari kiamat. Maka lazimkanlah taqwa kepada Allah kerana darinya datang rezeki dari Allah di dunia dan pahala di akhirat. Dan maksud “dari tempat yang tidak disangka” ialah dari tempat yang ia tidak harapkan.

Sabda Nabi Muhamad, ertinya: “Sesungguhnya seorang hamba diharamkan (dihalang) daripada rezeki sebab dosa yang dilakukannya.” (Ahmad, Nasaie, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al Hakim, hadis sahih)


“Berbuat baik kepada ibu bapa menambah panjang umur, dan berdusta mengurangkan rezeki.” (Abu Syaikh)

“Sekiranya kamu bertawakkal ke atas Allah sebenar-benar tawakkal Ia akan berikan kamu rezeki seperti mana ia berikan rezeki kepada burung: pada waktu pagi perutnya kosong dan kembali pada waktu petang dengan perutnya penuh kekenyangan” (Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah, Hakim. Kata Tirmizi hasan sahih, kata Hakim sahih dan Zahabi mengakuinya)

“Sesiapa suka menjadi orang yang paling kuat hendaklah ia bertawakkal kepada Allah” (Ibnu Abid Dunya, hasan)


MENUNTUT ILMU

“Nabi Sulaiman diberi pilihan antara harta, kerajaan dan ilmu, maka ia memilih ilmu, maka diberikan kepadanya kerajaan dan harta kerana memilih ilmu.” (Ibnu Asakir, dhaif)

Ilmu yang dipilih oleh Nabi Sulaiman ialah ilmu mengenali Allah dan hukum-hukam-Nya.


“Sesiapa yang menuntut ilmu Allah akan menjamin rezekinya” (Khatib, dhaif)



SOLAT

Firman allah taalaa dalam surah Toha, ayat 132, ertinya:

“Dan perintahkanlah ahlimu mengerjakan solat dan bersabarlah melakukannya, kami tidak minta rezeki darimu, Kami (Allah) yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat yang baik (di dunia dan akhirat) adalah untuk orang yang taqwa.”

Kata Ibnu Kathir: apabila kamu mendirikan solat , akan datang rezeki kepadamu dari tempat yang kamu tidak sangka, seperti yang Allah firmankan: “dan sesiapa bertaqwa kepada Allah, Dia akan menjadikan untuknya jalan keluar, dan memberinya rezeki dari tempat yang ia tidak sangka” (At Talaq). Sebab itulah Allah berfirman: “Kami tidak meminta rezeki darimu..” Kata Thauri: Kami tidak membebankan kamu mencari rezeki.

Kata Ibnu Abi Hatim dari Thabit: Adalah Nabi Muhammad, selawat dan salam Allah ke atasnya selama-selamanya, apabila ditimpa kesusahan, ia kan memanggil keluarganya dan bersabda: wahai keluargaku, solatlah. Kata Thabit: adalah para nabi apabila berlaku sesuatu perkara susah akan segera melakukan solat.

Sabda Nabi Muhammad selawat dan salam ke atasnya, semoga Allah menambahkah cinta kita kepadanya, ertinya: Allah taala berfirman: Wahai anak Adam lapangkanlah masa untuk menyembah-Ku (beribadat), nescaya Aku akan penuhkan dadamu dengan kaya dan aku tutupkan kefakiranmu, dan jika kamu tidak lakukan, aku akan penuhkan dadamu dengan kesibukan dan Aku tidak tutup kemiskinanmu. (Riwayat Termizi dan Ibnu majah dari Abu Hurairah, hadis hasan.)


BERSIFAT AMANAH

“Amanah menarik (memberi) rezeki, khianat menarik kefakiran.” (Dailami, hasan)


ISTIGHFAR

Allah taala berfirman dalam surah Hud, ayat 52, ertinya:

“(Nabi Hud berkata: wahai kaumku, minta ampun kepada tuhanmu dan bertaubatlah kepada-Nya, nescaya ia akan menghantar kepada kamu air hujan yang lebat dan menambahkan kekuatan kamu, dan jangan kamu kembali menjadi orang-orang yang berdosa.”

Air ialah punca bagi segala kemudahan dan akan menyuburkan tanaman yang menjadi sumber makanan.

Sabda Nabi, selawat dan salam ke atasnya, ertinya: “sesiapa yang sentiasa beristighfar Allah akan menjadikan kemudahan bagi kesusahannya, dan jalan keluar dari segala kesempitan, dan memberinya rezeki dari tempat yang ia tidak sangka.” (Abu Daud, Nasaie, dhaif)

MEMBACA AL QURAN

Sabda Nabi selawat dan salam ke atasnya, ertinya: “surah Al Waqiah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkanlah anak-anak kamu membacanya.” (Ibnu Mardawaih)

Ajarkanlah ister-isteri kamu surah Al Waqiah kerana ia adalah surah kekayaan. (Dailami)

Walaupun hadis-hadis mengenai fadhilat surah Al Waqi’ah adalah dhaif kesemuanya, namun ada anjuran dari ulama untuk mengamalkannya.

Sabda Nabi: “Perbanyakkanlah membaca Al Quran di dalam rumah kamu, kerana sesungguhnya rumah yang tidak dibacakan Al Quran di dalamnya sedikit kebaikannya dan banyak keburukannya, dan disempitkan rezeki ahli rumah itu. (Daruqutni)


MENCARI REZEKI PADA AWAL PAGI

Sabda Nabi, selawat dan salam ke atasnya, ertinya: “Apabila kamu telah selesai solat subuh janganlah kamu tidur tanpa mencari rezeki.” (Tabrani)

Waktu yang terbaik ialah mencari rezeki selepas naik matahari kerana sebelumnya disunatkan duduk berzikir dan istighfar sehingga terbit matahari, sebagaimana yang dilakukan Nabi Muhammad.

“Pergilah awal pagi untuk mencari rezeki dan keperluan kerana pagi membawa keberkatan dan kejayaan.”(Tabrani, Ibnu Adi)

“Sesungguhnya tidur pada waktu pagi menghalang sebahgian rezeki” Abu Nuaim.


SEDEKAH

Sabda Nabi: “mintalah bantuan untuk mendapat rezeki dengan memberi sedekah.” (Dailami)

“Turunkanlah rezeki dengan melakukan sedekah.” (Baihaqi, Ibnu Adi, Abu Syaikh)

“Seringlah saling memberi hadiah makanan kerana itu akan melapangkan rezeki kamu” (Ibnu Adi)

“Rezeki menuju ke rumah orang yang pemurah lebih cepat daripada pisau membelah bonggol unta” (Ibnu Asakir, daif)

“Tetamu tiba dengan rezekinya (untuk orang yang dikunjungi), dan berangkat pergi dengan dosa orang (yang menerima mereka) dan membersihkan dosa daripada mereka” (Ibnu Hibban, dhaif dan mempunyai penyokong – shahid)

“Nafkahkanlah, aku akan nafkahkan ke atasmu” (Ahmad, Bukhari, Muslim)

Maksudnya: nafkahkanlah ke atas hamba-hamba-Ku. Aku akan nafkahkan ke atasmu bermaksud: aku akan gantikan apa yang telah kau belanjakan malah lebih banyak lagi.
TUAN/PUAN boleh merujuk kitab Fadhilat Sedekah karangan Maulana Zakariyya untuk maklumat lebih lanjut.

SILATUR RAHIM

“Ditulis di dalam Taurat: sesiapa yang suka umurnya panjang dan ditambah rezekinya maka hendaklah ia hubungkan silatur rahimnya.” (Hakim, sahih)

Barangsiapa suka diluaskan rezekinya dan dipanjangkan usianya, hendaklah ia hubungkan silaturrahimnya ” Bukhari, Muslim, Abu Daud, Nasaie dari Anas; Ahmad dan Bukhari dari Abu Hurairah).


HAJI

“Perikutkanlah antara haji dan umrah kerana di dalam memperikutkan antara keduanya menambah panjang umur dan menambah rezeki” (Ahmad, Ibnu Majah, Daruqutni, Tabrani)

“Orang yang mengerjakan haji dan umrah adalah tetamu Allah, mereka berdoa akan diterima, mereka meminta akan diberi-Nya. Bazzar, hadis hasan)

NIKAH

Allah taala berfirman: “dan nikahkanlah orang-orang bujang dari kalangan kamu, dan orang-orang soleh dari hamba lelaki dan hamba perempuan kamu. Dan jika mereka orang-orang yang fakir nescaya Allah kan menjadikan mereka kaya, dan Allah sangat luas dan sangat mengetahui.” (surah An-Nur 32,)

Sabda Kekasih, selawat dan salam ke atasnya, ertinya: tiga golongan yang Allah mesti menolong mereka: orang yang bernikah untuk membersihkan diri daripada zina; orang yang berjanji merdeka hamba dan berniat menunaikannya, dan orang yang berperang pada jalan Allah.” (riwayat Imam Ahmad, Termizi dan Nasaie)

Sabda Nabi, selawat dan salam ke atasnya, ertinya: nikahilah perempuan kerana mereka akan membawa harta kepada kamu. (riwayat Bazzar, Daruqutni dan Hakim, hadis hasan)

Kata Ibnu Masud, semoga Allah redha kepada beliau, ertinya: carilah kekayaan dalam perkahwinan. (Riwayat Jarir)

Kata Sayyidina Umar ibnu Al-Khattab, ertinya: carilah kekayaan di dalam nikah. (riwayat Abdur Razzaq dalam Musannaf)


MEMBANTU ORANG-ORANG LEMAH

Sabda Nabi, selawat dan salam ke atasnya, ertinya: “carilah untukku orang-orang lemah kerana hanya kita diberi rezeki dan dibantu sebab orang-orang lemah dari kalangan kamu.” (Ahmad, Muslim, Ibnu Hibban, Al Hakim)

Maksudnya membantu mereka dan menunaikan keperluan mereka. Diberi rezeki bermaksud dapat mengambil manfaat daripada apa yang dikeluarkan oleh Allah.Apa yang tidak dapat digunakan tidak dinamakan rezeki. Dibantu bermaksud dibantu terhadap musuh dan menolak bala bencana. Sebab orang lemah bermakna sebab adanya mereka di kalangan kamu, atau kerana kamu memelihara hak mereka, atau kerana doa mereka.

Sabda Nabi: “Adakah kamu suka hatimu menjadi lembut, dan kamu memperolehi hajat keperluanmu? Kasihanilah anak yatim, usaplah kepalanya, dan berikanlah dia daripada makananmu, nescaya lembutlah hatimu dan kamu akan memeperoleh hajatmu.” (Tabrani)

Sabda Nabi, selawat dan salam ke atasnya, ertinya: “Allah taala membantu umat ini hanyalah sebab orang-orang lemah mereka, sebab doa mereka, solat mereka dan ikhlas mereka.”(Nasaie, sahih)

Sebab doa mereka meminta bantuan daripada Allah, dan kerana ikhlas mereka pada semua amalan mereka.


MENJAUHI ZINA

“Jauhilah zina kerana terdapat empat keburukan padanya: menghilangkan seri wajah, memutuskan rezeki, membuatkan Ar Rahman (Allah) murka, dan kekal di dalam neraka.” (Tabrani, Ibnu Adi, dhaif)

“Zina mewariskan kefakiran” (Al Qudhaie, Baihaqi, daif).

Wallahu a'lam

(dipetik dengan sedikit tambahan daripada blog: http://anakgeriksoleh.blogspot.com)

Tidur Dalam Keadaan Mendapat Keampunan Allah


Dari Abdullah bin Umar r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, "Barangsiapa tidur dalam keadaan berwudhu', malaikat akan tidur di sisinya sehingga tersentuh kulitnya. Dan apabila dia bangun, malaikat akan berkata, 'Wahai Allah, ampunilah orang ini kerana dia tidur dalam keadaan berwudhu'." (Hadis riwayat Ibn Hibban dgn sanad yg hasan)

Jom berwudhu' sebelum tidur!

Women's Hijab:covering the cleavage or bosom?





TUDUNG WANITA: SEKADAR MENUTUPI BELAHAN DADA ATAU KESELURUHANNYA?


" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup juyub mereka dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (An-Nur :31)

SOALAN 1

Assalamualaykum Ustaz Hanbali

(Ustaz Hanbali: Berpengalaman berdakwah lebih kurang 30 tahun di Malaysia, asia tenggara, eropah, benua india dan lain-lain, sekarang mengajar kitab secara talaqqi, antaranya kitab baahrul mazi di sekitar seremban, lembah klang dll) ,

Akhir2 ini, saya ada dengar beberapa pendapat ustaz/ustazah di Malaysia, yg menafsirkan ayat berikut:

".. dan hendaklah kamu melabuhkan hijab sehingga ke ‘Juyub’ kamu.." Surah An-Nur: 31.

mereka menafsirkan perkataan 'Juyub' sebagai belahan dada wanita. Oleh itu, mereka mengatakan, perintah melabuhkan hijab/ tudung menutupi dada adalah tidak tepat, cukup hanya menutupi belahan dada sahaja. menurut mereka juga, tudung kecil ini boleh digunakan untuk menunaikan solat, walaupun tudung ini tidak menutupi sepenuhnya bahagian dada wanita.

respond daripada ustaz amat dihargai. jazakallah

-Anas

Jawapan:

Ini pandangan golongan anti hadis, contohnya Aminah Wadud dan yang seangkatan dengannya.

Perkataan "A'la juyubihinna' telah ditafsirkan oleh semua ulama tafsir sebagai dada wanita.

Kalau hanya sekadar belahan dada ditutup, tidaklah ianya mehilangkan ghairah nafsu lelaki. Semua lelaki faham bahawa tarikan ghairah lelaki adalah dada wanita itu sendiri. Jadi yang lebih memahami mengenai ghairah ini, bukan ustazah2 itu tetapi golongan lelaki yang melihat. Maka atas dasar ini Allah lebih Memahami dan Mengetahui, maka dada itulah yang perlu ditutup bukan belahannya.

Di hujung ayat itu berbunyi ". . atau terhadap pelayan/lelaki tua YG TIDAK MEMPUNYAI KEINGINAN terhadap perempuan. . ."(an-Nur:31). Jadi jika sekadar belahan dada maka sudah tentu tidak disebutkan ayat ini. Sebabnya keinginan UTAMA lelaki adalah DADA bukan BELAHANNYA.

Selain itu ragam kehidupan isteri2 Nabi dan sahabiah adalah ikutan. Maka dalam perkara ini, kita tidak terjumpa hadis maupun atsar yg menyebutkan isteri2 dan sahabiah berbuat demikian, malah mereka berbuat lebih dari itu.

Wallahualam.


SOALAN 2:

Subject: Question with regards on women's aurrah

Assalamualaykum Dear Scholar,

I would like to ask your opinion upon the matter of women's aurrah. Currently, there are some ustaz/ ustazah in malaysia using the following verse: "...and to draw their veils all over their Juyub.." (Surah An Nur: 24: 31), where they explain about the term "juyub" as the cleavage of women’s breast. Hence, they proclaim that the obligation of wearing veils/ hijab is only to cover up to that particular part of body excluding breast/ bosom which is a common understanding among muslim scholars. This resulted in women wearing a very small size of veil/ hijab and expose the silhouette of their breast.
Your kind response towards this matter is highly and sincerely appreciated.
regards
-Anas


Respond from Fatwa Dept. :

Respected Brother/Sister in Islam

Assalamu Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakaatuh

This is a grossly incorrect misunderstanding and misinterpretation of the Qur’an. May Allah save us. It is sufficient to cite the verse:

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ

O Prophet, tell your wives and your daughters and the women of the believers that they should draw down their Jilbaabs over them. That will make it more likely that they are recognized, hence not teased. And Allah is Most-Forgiving, Very-Merciful. (Surah al-Ahzaab, Verse: 59)

The word Jilbaab in the verse refers to a garment that covers a female from her head till below her ankles. All scholars are unanimous on this and all scholars are unanimous on the breast or bosom area of a woman as well as her head being part of her Aurah which she is not allowed to be displayed to non-Mahram males or when she emerges from the home.

These few people who misinterpret the Qur’an are a shaazz (isolated) sect and Rasulullah (Sallallahu Alaihi Wasallam) has warned us of such people, that they will deviate from mainstream and form their own ideologies. Such people will be isolated in the fire of Jahannum (Hadith).

And Allah Knows Best.

Wassalaam.

Suhail Tarmahomed (Mufti)

Fatwa Dept.

Jamiatul Ulama (KZN)
Council of Muslim Theologians

Tel : +27 (0) 31 2077099
Fax : +27(0) 31 2074163

Website : www.jamiat.org.za

Nota tambahan:

Prof Dr Yusuf Al-Qaradawi dalam buku beliau “The Lawful and Prohibited in Islam” dalam menghuraikan ayat 31 dari surah An-Nur menyebut :

“ Menjadi satu kewajipan bagi setiap wanita Islam untuk menutupi keseluruhan kepala, dada dan leher mereka supaya terpelihara daripada penglihatan orang ramai. Tambahan pula Allah berfirman:

..dan jangan mendedahkan perhiasan kamu melainkan kepada suami atau bapa kamu...(surah An-Nur: 31)

Allah melarang wanita daripada mendedahkan perhiasan mereka seperti telinga, rambut, leher, dada atau buku lali kepada orang yang bukan mahram”.

Imam Ibn Kathir pula dalam menafsirkan ayat : “ to draw their veils all over their juyub” means, over their necks and chest. (Rujukan Tafsir Ibn Kathir, dalam bahasa Inggeris, terbitan Darussalam)

Prof. Hamka dalam menafsirkan ayat tersebut menyebut: “Allah memerintahkan wanita melabuhkan tudung menutupi dada dan leher mereka”.

Adalah tidak wajar kita menafsirkan ayat-ayat quran sekadar berpandukan terjemahan semata-mata tanpa merujuk kepada hadith / athar, amalan para sahabat dan ulama.

Moga beberapa catatan atau nota ringkas ini bermanfaat untuk kita semua insyaAllah di dunia dan akhirat.


Tuesday, November 1, 2011

Mukaddimah..




Bismillah... Dengan Nama Allah..

Aku mulakan nota ini...

Di dalam bulan yang penuh barakah ini... awal bulan Zulhijjah ini..

Daripada Ibnu ‘Abbas r.a. bahawa Nabi s.a.w. telah bersabda:

“Tiada amal yang lebih suci di sisi Allah dan tiada yang lebih agung ganjarannya daripada kebaikan yang diamalkan dalam sepuluh Adha.” Seseorang telah berkata: “Walaupun jihad di jalan Allah?” Baginda telah bersabda: “Walaupun jihad di jalan Allah, kecuali seorang lelaki yang telah keluar dengan diri dan hartanya lalu tiada yang pulang darinya sesuatu pun.” Ibnu ‘Abbas telah berkata: “Sa’id Bin Jabir dahulu, jika telah masuk hari-hari sepuluh itu, dia akan bersungguh-sungguh sehingga dia hampir-hampir tidak mampu melakukannya.”

[Diriwayatkan oleh ad-Darimi; jilid 2, hadis no. 1774, muka surat 41]


Daripada Jabir r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Sebaik-baik hari di dunia ini adalah hari-hari sepuluh, iaitu sepuluh Zulhijjah.” Seseorang telah berkata: “Tiadakah yang sepertinya di jalan Allah?” Baginda telah bersabda: “Tiada yang sepertinya di jalan Allah kecuali bagi sesiapa yang telah dijauhkan wajahnya daripada kotoran.”

[Diriwayatkan oleh al-Haitsami; jilid 4, muka surat 17]

Moga permulaan nota2 aku di bulan yang mulia ni dan dengan maksud yang mulia.. diberkati dan diberi petunjuk oleh Allah..

Dah lama rasa nak menulis dalam blog...

bukan apa.. cuma ingin berkongsi serba sedikit apa yang aku tahu... supaya aku lebih tahu (memahami)... dan orang lain pun tahu dan akan membuatkan mereka lebih tahu.. insyaAllah... :)

Berkongsi mengenai apa yang kita tahu daripada dunia untuk tujuan akhirat..

Jika kita hanya memandang dunia dengan maksud dunia.. maka kita yang akan rugi...

tetapi jika kita memandang dunia dan menggunakannya untuk maksud akhirat... maka kita orang yang berjaya...

Orang yang menggunakan dunia untuk maksud akhirat akan dikasihi oleh Allah dan juga manusia...

Jika seorang suami keluar bekerja dengan maksud mencari rezki yang halal untuk keluarganya, setiap makanan yang disuapkan ke mulut isteri dan anaknya dari sumber yang halal...bukan sahaja dikasihi oleh Allah.. malah juga dikasihi oleh isteri dan anak-anaknya...

Seorang pekerja yang enggan menerima pemberian rasuah kerana taat pada perintah Allah dan Rasul, bukan sahaja akan dikasihi oleh Allah dan RasulNYA, malah turut dikasihi oleh majikannya..

Maha Luas Rahmat Allah pada kita..

DIA melimpahkan rahmatNYA yang begitu luas kepada sesiapa yang melakukan amal kebaikan kerana Allah..

Dalam kuliah Syeikh Habib Umar , beliau menyebut satu hadith Qudsi, Allah Ta’ala berfirman:

“Aku yang berkuasa. Jika seseorang taat kepadaKu, Aku akan memberikan berkah. Dan jika Aku memberikan berkah, Aku memberkahi orang itu dan semua yang dibawa oleh orang itu dan berkahKu tiada akhir.”

Moga kehidupan kita di dunia menjadi lebih barokah dengan melakukan amal dan pekerjaan untuk maksud akhirat...