Tuesday, November 1, 2011

Mukaddimah..




Bismillah... Dengan Nama Allah..

Aku mulakan nota ini...

Di dalam bulan yang penuh barakah ini... awal bulan Zulhijjah ini..

Daripada Ibnu ‘Abbas r.a. bahawa Nabi s.a.w. telah bersabda:

“Tiada amal yang lebih suci di sisi Allah dan tiada yang lebih agung ganjarannya daripada kebaikan yang diamalkan dalam sepuluh Adha.” Seseorang telah berkata: “Walaupun jihad di jalan Allah?” Baginda telah bersabda: “Walaupun jihad di jalan Allah, kecuali seorang lelaki yang telah keluar dengan diri dan hartanya lalu tiada yang pulang darinya sesuatu pun.” Ibnu ‘Abbas telah berkata: “Sa’id Bin Jabir dahulu, jika telah masuk hari-hari sepuluh itu, dia akan bersungguh-sungguh sehingga dia hampir-hampir tidak mampu melakukannya.”

[Diriwayatkan oleh ad-Darimi; jilid 2, hadis no. 1774, muka surat 41]


Daripada Jabir r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Sebaik-baik hari di dunia ini adalah hari-hari sepuluh, iaitu sepuluh Zulhijjah.” Seseorang telah berkata: “Tiadakah yang sepertinya di jalan Allah?” Baginda telah bersabda: “Tiada yang sepertinya di jalan Allah kecuali bagi sesiapa yang telah dijauhkan wajahnya daripada kotoran.”

[Diriwayatkan oleh al-Haitsami; jilid 4, muka surat 17]

Moga permulaan nota2 aku di bulan yang mulia ni dan dengan maksud yang mulia.. diberkati dan diberi petunjuk oleh Allah..

Dah lama rasa nak menulis dalam blog...

bukan apa.. cuma ingin berkongsi serba sedikit apa yang aku tahu... supaya aku lebih tahu (memahami)... dan orang lain pun tahu dan akan membuatkan mereka lebih tahu.. insyaAllah... :)

Berkongsi mengenai apa yang kita tahu daripada dunia untuk tujuan akhirat..

Jika kita hanya memandang dunia dengan maksud dunia.. maka kita yang akan rugi...

tetapi jika kita memandang dunia dan menggunakannya untuk maksud akhirat... maka kita orang yang berjaya...

Orang yang menggunakan dunia untuk maksud akhirat akan dikasihi oleh Allah dan juga manusia...

Jika seorang suami keluar bekerja dengan maksud mencari rezki yang halal untuk keluarganya, setiap makanan yang disuapkan ke mulut isteri dan anaknya dari sumber yang halal...bukan sahaja dikasihi oleh Allah.. malah juga dikasihi oleh isteri dan anak-anaknya...

Seorang pekerja yang enggan menerima pemberian rasuah kerana taat pada perintah Allah dan Rasul, bukan sahaja akan dikasihi oleh Allah dan RasulNYA, malah turut dikasihi oleh majikannya..

Maha Luas Rahmat Allah pada kita..

DIA melimpahkan rahmatNYA yang begitu luas kepada sesiapa yang melakukan amal kebaikan kerana Allah..

Dalam kuliah Syeikh Habib Umar , beliau menyebut satu hadith Qudsi, Allah Ta’ala berfirman:

“Aku yang berkuasa. Jika seseorang taat kepadaKu, Aku akan memberikan berkah. Dan jika Aku memberikan berkah, Aku memberkahi orang itu dan semua yang dibawa oleh orang itu dan berkahKu tiada akhir.”

Moga kehidupan kita di dunia menjadi lebih barokah dengan melakukan amal dan pekerjaan untuk maksud akhirat...

No comments:

Post a Comment