Setiap hari, kita melalui dan meyaksikan pelbagai insiden atau peristiwa dalam hidup kita. Setiap perkara yang berlaku di sekeliling kita, boleh kita jadikan iktibar dan juga sebagai reflect kepada hubungan kita dengan Allah.
Mufti Taqi Usmani menulis satu cerita berkenaan dengan perkara ini, yang mana pada suatu hari beliau melihat seorang kanak-kanak dirotan oleh ibunya. Setiap kali, ibunya merotan budak tersebut, budak tu akan memahut dan memegang kaki ibunya, tidak mahu dilepaskannya. Setiap kali terjatuh, budak tersebut akan bangun kembali dan berlari semula mendakap ibunya. Kenapa budak tersebut berkelakuan sedemikian? Budak tersebut sedar, yang perlindungan dan pemeliharaan daripada dipukul semula oleh ibunya terletak hanya pada ibunya sahaja!! Lihat! Kanak-kanak pun tahu hakikat ini.
Nabi S. A.W pun berkehendak agar umatnya pun mempunyai pemahaman dan perasaan yang sama. Musibah /Ujian datang dari Allah (pada hakikatnya), dan kita hanya boleh mendapatkan perlindungan dan pemeliharaan daripada segala muisbah hanya dari Allah jua. Tidak ada yang boleh melindungi dan memelihara kita melainkan Allah!!
Doa bila ditimpa musibah:
154- إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ، اَللَّهُمَّ أُجُرْنِيْ فِيْ مُصِيْبَتِيْ وَأَخْلِفْ لِيْ خَيْرًا مِنْهَا.
“Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami akan kembali (di hari Kiamat). Ya Allah! Berilah pahala kepadaku dan gantilah untukku dengan yang lebih baik (dari musibahku).” [Hadith Riwayat Muslim]
No comments:
Post a Comment