Tuesday, November 20, 2012

The ordeals that fell on Hazrat Ayyub


Mufti Taqi Uthmani used to say in his lectures:

Just consider for a while the sufferings of Hazrat Ayyub as. To what a horrible disease he was subjected! Satan visited him in this condition and told him that the malady was due to his sins which was inflicted on him
because of Allah's displeasure. In addition, he put forward his proofs in support of his allegations. On this occasion he debated with Hazrat Ayyub.

Hazrat Ayyub  as. counteracted Satan's argument by saying: It is wrong to allege that this disease is due to
Alalh's displeasure on account of my sins. In fact, the ordeal of the disease is a token of love and favour towards me from my Allah. I do invoke Allah to cure this disease, but I do not complain against Him for the disease. At the same time I do not object to the disease which has been sent down to me by Allah, nor do I ask why my Allah has inflicted me with this disease. I always turn to Allah in repentance and submit to
Him the Qur'anic Du 'a (Supplication).

أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنْتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ                     
 (And Ayyub, when he cried to his I,ord, saying): 
"Oh my Lord adversity has touched me; indeed, and You are the Most Merciful of all who show mercy". (21: 83).

 Hazrat Ayyub as,  added saying:
My invoking Allah is a favour from Him. When He  has caused me to turn to Him in repentance, it is quite clear that this test too is a sign of His Mercy and love.


Saturday, November 3, 2012

Ujian untuk Naik Pangkat



Sebai insan yang menjalani kehidupan seharian, kita kerap kali akan lalui satu proses atau tahap dari dari kecil sehingga dewasa iaitu ujian. Kalau di sekolah rendah, kita akan lalui UPSR sebagai syarat untuk melangkah ke tahap pendidikan yang lebih tinggi. Begitu juga keadaan di peringkat sekolah menengah, kita akan lalui PMR sebagai syarat untuk kita menuju ke tahap pendidkan yang lebih tinggi iaitu SPM. Setiap kali kita berjaya melalui ujian-ujian ini dari tahap rendah ke tahap tinggi, kita akan lebih matang, berpengetahuan dan sebagainya.

Jiga kita gagal di peringkat UPSR, secara umumnya, kita akan gagal untuk masuk ke peringkat sekolah menengah. Begitu juga seterusnya, setiap kali kita gagal ujian yang tahap rendah, kita tak boleh "move" ke tahap yang lebih tinggi.

Begitu juga keadaannya, di universiti dan juga di tempat kerja. Kita kena melalui ujian-ujian untuk naik tahap yang lebih tinggi contohnya, kenaikan pangkat dalam sesuatu organnisasi. Alhamdulillah, secara lumrah, kita semua sebagai insan yang normal akan menerima hakikat ini. Ujian yang kita lalui dalam urusan  dunia, akan menaikkan darjat atau tahap kita lebih tinggi dari segi akademik atau pangkat atau yang seumpama dengannya.

Kita semua boleh menerima hakikat ini dengan hati yang terbuka dan was-was atau ragu-ragu. TAPI.... pernahkah kita pikir, Allah S.W.T telah mentaqdirkan "Nizam" atau peraturan yang lebih kurang sama bagi hamba-hambaNYA dalam urusan hubungan kita dengan Allah. Manusia yang sabar dan redha denga ujian yang diberikan oleh Allah, maka Allah akan naikkan kedudukan dan maqam hambaNYA di sisiNYA. makin tinggi/ hebat ujian yang kita lalui, makin tinggi kedudukkan kita di sisi Allah.

Sebab itu manusia yang paling banyk menerima ujian adalah para nabi Allah. Manakala di antara para Nabi, yang paling banyak menerima ujian yang hebat adalah Para Rasul u'lul a'zmi- Nabi Muhammad, diikuti oleh Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, NabiMusa dan Nabi Isa as. Mereka semua adalah manusia pilihan Allah yang menerima ujian yang hebat, sebagai natijahnya, Allah mengangkat darjat mereka di sisiNYA.

Oleh itu, saya ingin ingatkan diri saya yang serba dhoif ini dan sahabat2 semua, bila Allah menguji atau menduga kita, itu tandanya Allah sayang pada kita dan Allah berkehendak naikkan darjat kita di sisiNYA dengan syarat kita kena la sabar, redha dan taat pada perintah Allah di saat diuji.

Firman Allah dalam surat al-mulk:

 A002
Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);



Thursday, May 24, 2012

Adakah perkara yang nampak gagal di mata kita, gagal juga di sisi Allah?



Kita sebagai Allah telah dipertintahkan oleh Allah untuk hidup berdasarkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah melalui jalan wahyuNYA... sama ada melalui Kalam Allah iaitu al-Quran dan juga sabdaan dan sirah Nabi S.A.W iaitulah Sunnah Nabi S.A.W..

Dalam menjalankan perkara ini, Islam tidak menilai kuantiti atau natijah semata2,tapi yang Islam menilai adalah kualiti dan kesungguhan dan juga keikhlasan.. Nabi Nuh as telah diperintahkan oleh Allah untuk menjalankan kerja dakwah. Nabi telah menyahut seruanNYA dengan menjalankankan kerja dakwah siang dan malam..
 Firman Allah:
"Nabi Nuh berkata: Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menyeru kaumku siang dan malam " ( Suran Nuh:5)


Namun, setelah hampir 900 tahun, menurut ulama tafsir, orang yang menyahut seruan Nabi Nuh hanya sekitar 80 orang.. Adakah natijah ini menunjukkan Nabi Nuh as itu gagal dalam misi dakwahnya?? Tidak sama sekali, sebaliknya Allah memuji nabi Nuh as yang konsisten dan bersungguh2 dalam menyampaikn risalah dakwah, walaupun orang yang mengikuti beliau sedikit hatta anak beliau sendiri tidak beriman namun Nabi Nuh tetap menjalankan tanggungjawabnya..

Firman Allah:


Sebagaimana firman Allah tentang Nabi Nuh: “Sesungguhnya dia adalah hamba-Ku yang bersyukur.”
 (Al Isra': 3).

Ini lah antara sifat orang2 mukmin, tetap menjalan perintah Allah walaupun kadangkala bertentanagan dengan keinginan dan nafsu, orang mukimin sentiasa mendahulukan perintah Allah, bersyukur dengan petunjuk dan hidayat yang diberikan Allah untuk menjalankan perintahNYA. 


Justeru, sebagai orang Islam, kita hendaklah sentiasa istiqamah di atas jalanNYA, komited menjalankan perintahNYA walaupun di mata kita nampak  seolah-olah tidak berhasil, gagal dsb.  Jika ada peniaga yang jujur dan amanah dalam perniagaan mereka, tidak menjalankan riba dalam urusan muamalah mereka tapi rasakan kadangkala gagal, mundur berbanding dengan rakan peniaga lain yang menjalankan perniagaan dengan tidak amanah, menipu, riba dsb, ...Adakah benar tanggapan ini??
kepada peniaga2 yang beriman JANGAN LA CEPAT PUTUS ASA... setiap usaha dan letih anda dihitung oleh Allah sebagai saham dan pahala di akhirat, rezeki yang anda perolehi berkat dan bila rezeki yang berkat ini disalurkan kepada keluarga maka akan lahirlah kaum keluarga dan zuriat yang beriman, dan lain-lain lagi janji Allah dan RasulNYA..


sabda Rasulullah s.a.w; “Sesungguhnya ahli perniagaan yang jujur lagi amanah akan bersama-sama para Nabi, kumpulan orang yang jujur dan para syuhada (di hari kebangkitan)”. (Riwayat At-Tirmizi)

Begitu juga, sebagai orang beriman, jika kita telah usaha sekadar yang kita mampu dengan mematuhi perintah Allah dalam melayari bahtera perkahwinan, namun jika masih rumahtangga kita bergegar dengan ujian dan masalah berbanding dengan orang2 jahil, suami2 yang dayus, isteri2 yang nusyuz, yang membiarkan rumahtangga mereka dalam kemurkaan Allah, YAQIN LA ALLAH MEMANDANG DAN MENILAI KESABARAN KITA, Allah tahu betapa kita telah mengalirkan air mata sabar dan taqwa, Allah mendengar setiap rintihan dan pengharapan kita padaNYA, Allah akan memberi ganjaran di atas setiap kesabaran dan usaha yang kita telah lakukan untuk mendirikan dan megimarahkan "masjid" kita... 


Firman Allah: 


  "Dan bersabarlah, karena sesungguhnya Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang yang berbuat kebaikan." (Surah Hud: 115)

Firman Allah lagi: 
 
.Sebenarnya sesiapa yang bertaqwa dan bersabar, maka sesungguhnya Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan" (Yusuf:90)
 Jangan la cepat berputus asa dari rahmatNYA, selagi kita berada di landasan yang diredhoi Allah dengan menjalankan perintah Allah, yaqin la Allah pertolongan Allah itu dekat... Orang beriman tujuannya dan matlamatnya adalah akhirat, dunia hanya sebagai tempat untuk kita berusaha, namun Hakim sebenar yang akan tentukan kita gagal atau berjaya adalah Allah... Dia la Allah yang tidak pernah dan tidak akan berlaku zalim ke atas hamba-hambaNYA, Dia la Allah yang Maha Mengetahu akan setiap perbuatan hamba-hambaNYA, tiada satu gerakan sebesar atau sekecil mana sekalipun yang berlaku di alam semesta tanpa pengetahuan dan pengawasan dariNYA..

Firman Allah:


...Janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir". (Yusuf:87)  
 Firman Allah:

Ketahuilah! Sesungguhnya Allah jualah yang menguasai segala yang ada di langit dan di bumi. Sesungguhnya Ia mengetahui keadaan yang kamu berada padanya (wahai umat manusia); dan pada hari umat manusia itu kembali kepadaNya, maka Ia akan menerangkan kepada mereka segala yang mereka kerjakan, kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap tiap sesuatu (surah- an-nur 64)

Tuesday, March 20, 2012

DEDIKASI UNTUK INSAN YANG MENGALAMI



DEDIKASI UNTUK INSAN YANG MENGALAMI

Dalam Al Quran Allah telah berfirman, ertinya:

“Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu orang yang apabila ditimpa bala bencana, mereka berkata: “sesungguhnya kita adalah milik Allah dan sesungguhnya kita akan kembali kepada-Nya. Mereka itulah yang mendapat keampunan dan rahmat dari tuhan mereka. Merekalah yang mendapat hidayat.” (Al Baqarah, 155-157)

Sabda Nabi Muhammad, selawat dan salam ke atas baginda selama-lamanya, ertinya:
“tidaklah mengenai sesuatu bencana kepada seorang lelaki atau lebih dari itu, sehingga duri yang mengenainyam melainkan kerana salah satu daripada dua perkara; samada untuk diampuni dosanya oleh Allah, yang tidak terampun melainkan dengan memberikan kesusahan seperti itu; ataupun untuk dia mencapai kemuliannyang ia tidak dapat sampai kepanya selain dengan kesusahan seperti itu.
(Riwayat Ibnu Hibban, Az Zawajir, 1/267)

Dalam sebuah hadis dinyatakan sabdaan Nabi Muhammad, selawat dan salam ke atas baginda, ertinya:“tidaklah ditimpa bencana seseorang hamba, melainkan kerana dosa yang tidak diampunkan melainkan dengan cara itu; ataupun kerana satu darjat (kedudukan)yang ia tidak akan sampai kepadanya melainkan dengan ditimpa bencana seperti itu. (Az zawajir, 266)

Sabda baginda lagi, ertinya:
“orang-orang yang semasa di dunia hidup dalam keadaan sejahtera, menginginkan supaya kulit mereka pernah digunting di dunia dahulu, ketika mereka melihat pahala diberikan kepada orang yang di dunia dahulu hidup dalam bala bencana” (Imam tirmizi, hadis no 2402)

dalam sebuah hadis, Bagind bersabda, ertinya:
“..Dibawa seorang yang ditimpa bala bencana dalam hidupnya semasa di dunia dulu, tidak diletakkan neraca (untuk menimbang amalan mereka) dan tidak diberikan buku catatan amalan kepada mereka, bahkan dicurahkan kepada mereka pahala sehingga orang-orang yang hidup selesa di dunia dahulu terasa ingin kulit mereka digunting-gunting kerana melihat kehebatan pahala untuk mereka dari Allah.” (Tabaroni, Az Zawajir, 1/270)

Diriwayatkan bahawa seorang wanita yang mempunyai penyakit gila meminta Rasulullah, selawat dan salam ke atasnya, berdoa supaya ia sembuh. Rasulullah bersabda: jika kamu mahu aku boleh berdoa dan Allah akan menyembuhkan kamu, dan jika kamu mahu, kamu bersabar dan tidak ada hisab ke atas kamu pada hari akhirat. Kata wanita itu, bahkan saya bersabar dan tiada hisab ke atas saya.” (riwayat Imam Ahmad ibnu Hanbal, Musnad 1/347)

Hadis ini juga diriwayat oleh Imam Bukhari bahawa perempuan ini selalu diserang sakit sawan yang mana akan terbuka sebahagian auratnya ketika itu. Rasulullah bersabda: kamu boleh bersabar dan kamu dapat masuk syurga, dan jika kamu mahu aku berdoa kepada Allah supaya menyembuhkan kamu. Kata wanita itu saya bersabar, dan doakanlah supaya saya, sekiranya diserang sawan, tidak terbuka aurat lagi.” (hadis no 5652)

Wanita tersebut namanya Su’airah dari qabilah Asad, kuniah (gelarannya) Ummu Zufar.
Daripada dua hadis di atas jelas bahawa orang yang mempunyai penyakit yang kekal tidak akan dihisab di hari akhirat. Dan ia juga menunjukkan bahawa berubat tidak diwajib.

Dalam sebuah hadis, ertinya:
“sesiapa yang Allah kehendaki kebaikan padanya, Ia akan menimpakannya musibah,” (Imam Bukhari, no 5645)

Ertinya Allah mengenakannya musibah dan akan diberi pahala yang banyak di akhirat, sebagaimana hadis di atas. Dengan hanya semata-mata ditimpa bencana seorang akan mendapat pahala, dan dengan bersabar akan mendapat pahala lain pula. (lihat Al Fajr As Sati’, 12/343)

“Sesungguhnya seorang lelaki mempunyai satu kedudukan (darjat) di sisi Allah, ia tidak akan sampai kepadanya dengan amalan soleh, maka Allah akan mengenakan bencana kepadanya supaya ia sampai kepada darjat tersebut yang telah ditetapkan oleh Allah.” (Az Zawajir, 1/270)

“Sesungguhnya seorang hamba apabila Allah telah menetapkan untuknya satu kedudukan yang tidak akan sampai ia kepadanya dengan amalan soleh, Allah akan menimpakan bencana ke atas tubuh, harta, atau anaknya, kemudian Allah menjadikannya bersabar ke atas bencana tersebut, sehinggalah ia sampai ke darjat yang telah ditetapkan oleh Allah.” (riwayat Ahmad, Abu Dawud, Abu Yaala, dan Tabarani, Zawajir, 1/270)

“Tidaklah mengenai seorang mukmin keletihan, penyakit, kesedihan atau kerunsingan sehinggalah duri yang menyucuknya, melainkan Allah akan menghapuskan sebahagian dosanya.” (Syaikhan, Zawajir, 1.270. Bukhari, no 5641)(Fathul Bari, 10/107)

Sabda Nabi, selawat dan salam ke atas baginda, ertinya: ”apabila seseorang hamba sakit ataupun bermusafir, akan ditulis untuknya pahala amalan yang ia sentiasa lakukan ketika sihat.”

Sabda baginda lagi, ertinya: “Orang yang sakit akan gugur dosanya sepertimana gugurnya daun-daun pokok.”

Dalam sebuah hadis Baginda bersabda, ertinya:
“Sesiapa yang mendahulukan (meninggal dunia) tiga orang anak yang belum baligh, adalah mereka benteng untuknya daripada neraka. Maka berkata Abu Darda: saya telah dahulukan dua orang anak saya. Jawab baginda: dua orang anak pun sama. Seorang sahabat lain berkata saya telah mendahulukan seorang anak saya, bagaimana pula? Jawab baginda: seorang anak pun sama juga.”

Dalam riwayat Imam Bukhari Baginda telah bersabda, ertinya:
“mana-mana perempuan yang kematian tiga orang anaknya, adalah mereka menjadi pelindung dari api neraka.” Seorang wanita bertanya: dua orang macamana? Jawab baginda: “dua orang pun sama (jadi benteng dari api neraka.” (Imam Bukhari, hadis no 1249)

Semoga sesiapa yang pernah ditimpa sesuatu musibah dapat bersabar dan memperolehi sedikit manfaat dari tulisan saya yang serba kekurangan ini. Kita semua adalah hamba ALLAH, kita akan bertemu dengan-Nya juga pada suatu hari nanti.

dipetik dari: http://anakgeriksoleh.blogspot.com/